Tuesday, 21 April 2015

Karangan Wawancara

Asslamualikum,blog ini tentang pembinaan karangan wawancara, karangan ini saya buat sendiri,so kalau ada pembetulan sila komen okay,..

karang saya berbunyi bergini............

Pada suatu petang,saya berbual-bual dengan jiran saya.Topik perbualan kami tentang kes-kes jenayah yang kerap berlaku di kawasan perumahan kami.

Saya : Assalamualikum,Jiran : Waalaikummusalam,Saya : Awak apa khabar? Kebelakangan ini,saya kerap mendengar kes-kes jenayah yang              berlaku di kawasan perumahan kita,adakah semua itu benar?Jiran : Alhamdulillah,khabar baik, ya,apa yang awak dengar itu semuanya benar.kes                       jenayah semakin berleluasa di kawasan perumahan kita ini.minggu lepas,tiga kes                 kecurian kereta telah dilaporkan.Tambahan pula,dua orang gadis yang balik dari                   tempat kerja turut menjadi mangsa ragut.Saya : Manusia zaman sekarang, sering melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang            bak kata pepatah “ awal diingat akhir tiada”.Penjenayah zaman sekarang tidak takut              melakukan kegiatan terkutuk itu,kerana kerjasama untuk membenteras jenayah yang            berlaku di kawasan perumahan kita ini kurang dititikberatkan.Malahan,undang-                      undang yang digubal  juga tidak dilaksanakan dengan betul.Lantaran,mereka juga                tidak takut dengan hukuman yang bakal dihadapi sekiranya mereka tertangkap.Jiran : Betul apa yang awak katakana itu Lin,penduduk di kawasan perumahan ini patut                  dipersalahkan kerana mereka bersikap individualistik.Contohnya,aktiviti                                  gotong-royong membersihkan surau di kawasan kediaman beberapa minggu yang                lepas tidak ramai yang mengambil bahagian,mereka lebih pentingkan keselesaan diri            sendiri berbanding membantu melakukan perkara yang berfaedah dan dapat                        mengeratkan ikatan silaturrahim .Saya : Bukan itu sahaja,saya turut mendengar bahawa terdapat segelintir remaja yang                     terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah di kawasan perumahan kita ini.Saya                  dapat tahu bahawa remaja-remaja tersebut merupakan pelajar di sekolah kita.Saya              selaku pelajar di sekolah kita berasa malu terhadap perbuatan mereka,kerana                      mereka telah mencemarkan nama baik sekolah serta nama baik keluarga mereka                sendiri.Jiran : Benarkah apa yang saya baru dengar ini?saya turut berasa malu dengan perbuatan              mereka.saya mencadangkan penduduk di kawasan perumahan ini  mengadakan                  perjumpaan dan menubuhkan rukun tertanggan.Dengan adanya penubuhan                          ini,semangat kejiranan dapat dihidupkan kembali.Selain itu,penubuhan ini juga dapat            memupuk semangat kejiranan antara jiran tanpa mengira agama dan bangsa.

kami mencadangkan agar pihak polis dan pegawai keselamatan perlu membuat rondaan dengan lebih kerap.

No comments:

Post a Comment